Dengan rendah diri, sesiapa sahaja yang mendapat alamat website ini secara personal.... saya menjemput tuan puan semua ke majlis perkahwinan saya pada:
30 April 2011 ( Sungai Petani )
8 Mei 2011 ( Petaling Jaya )

Cawan ini adalah cenderamata untuk orang pakatan di Kedah. Terima kasih kepada Noor Azam Ismail yang menaja cenderamata yang cantik ini. Sayangnya... cawan ini dicetak cukup-cukup untuk orang pakatan. Pengantin sendiri pun tidak dapat. Huuuu...
Peta pengantin ada di bawah. Maaf, buat tuan puan menunggu gambar loading. Sementara itu, mari kita baca, apa kata kawan-kawan mereka fasal pengumuman baik ini:
"Tahniah! Orang yang sudah berkahwin banyak pahalanya. Contohnya, belanja isteri makan dapat pahala, belanja awek makan tidak dapat apa-apa."
- Ustaz, 30 tahun.
"Cinta adalah satu penyakit, ubatnya pula adalah perkahwinan."
- Doktor, 45 tahun.
"Hanya manusia yang ingin dicintai akan mencintai."
- Penulis, 28 tahun.


